Sabtu, 16 November 2013

FADHILAT YASSIN

1. Daripada Anas Bin Malik r.a katanya: Bersabda Nabi SAW: Sesungguhnya bagisetiap sesuatu ada hatinya dan hati Al - Quran itu ialah surah Yassin, sesiapa yang membaca surah Yassin sekali, maka Allah catatkan baginya sepuluh kali bacaan Al - Quran (Riwayat Al - Tirmidzi).

2. Sesiapa yang membaca Al - Quran akan mendapat ganjaran sebanyak sepuluh kebaikan bagi setiap hurufnya, ganjaran yang sama diperoleh sesiapa yang membaca surah Yassin.

3. Di hari akhirat kelak, syurga ditentukan berdasarkan hafalan ayat Al -Quran. Oleh itu, jika kita sentiasa membaca surah Yassin, kita berpeluang untuk menghafalnya.

4. Majlis bacaan surah Yassin ialah majlis yang dilimpahi dengan pahala. Kita bukan sahaja akan memperoleh pahala membaca Yassin, malah turut memperoleh pahala mengeratkan silaturahim kerana menganjurkan majlis tersebut.

5. Majlis bacaan Yassin akan mendapat naungan daripada malaikat dan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.

6. Jika seseorang itu menghadiri majlis bacaan Yassin atas jemputan atau anjuran kita, maka kita turut mendapat pahala bacaan Yassin di majlis tersebut.

7. Jika kefahaman dan kesedaran membaca Al - Quran disebabkan didikan ibu bapa kita, maka mereka juga akan mendapat ganjaran yang sama meskipun kita tidak pernah berniat untuk menghadiahkan pahala bacaan tersebut kepada mereka.

Khamis, 3 Oktober 2013

Amalan Selepas Peperiksaan UPSR

Asslamualaikum , kepada rakan-rakan ;
Apa yang kita perlu buat selepas peperiksaan ;Kita perlu terus berdoa,membaca yasin .bersolat hajat dan jangan lupa meneruskan pembelajaran kita untuk persediaan ke tingkatan satu;